Thursday, July 16, 2009

.sesat.

aku tertanya-tanya dalam hidup ini adakah aku sesat jalan. adakah aku masih mencari jalan yang sesuai untuk aku sendiri.hidup ini aku rasa bagaikan tsunami yang melanda. aku dibawa ke laut dan akhirnya mati kelemasan.
aku pasrah! tapi aku tetap sabar. semakin aku sabar dan ikhlas melakukan sesuatu kerja aku pasti akhirnya akan memberi kepuasan yang amat pada penghujung cerita aku ni. aku semakin hari semakin lemah. aku semakin hari semakin ingin dia. dia yang aku tahu tidak aku miliki. itu aku tahu sehingga penghujung dunia pun tidak mungkin aku miliki. aku pandai memberi semangat pada orang lain, tetapi hati aku hancur tiada siapa yang tahu. aku lihat dia buat sekian lama,gembira dan rindu bila bersama dia. tapi dia tak mengerti hati aku ini. dan tiada siapa yang tahu. segala tanggungjawab yang diberikan aku tidak pasti dengan diri aku sendiri. aku rasa aku tidak sebagus mana pun. aku tidak layak untuk memegang apa-apa pun, ini kerana aku tidak layak! jiwa meronta. aku cuba untuk memuaskan diri aku. aku pergi tempat yang dimana manusia lupa pada segala-galanya. bergembira dan bersuka ria untuk melupakn segala masalah dan lantas melupakan tuhan. aku terdiam dan melihat gelagat manusia yang hanya bergembira seketika sahaja. aku tersenyum dan melihat dengan kesabaran. aku tidak nafikan manusia perlukan keseronokan. aku pun perlukan keseronokkan. tapi bila aku fikir dengan keadaan yang berlaku aku tidak pasti tempat itu sesuai dengan aku sendiri. aku menyelami diri aku sendiri. aku lupa pada menusia di sekeliling aku. aku lupa pada mereka. aku rindu pada ibu bapa ku sendiri. aku rindu pada darah daging aku sendiri. aku rindu pada kawan-kawan ku sendiri. dan aku rindu pada cinta hati aku sendiri. aku rindu dengan segala-galanya sehingga pada satu tahap aku mahu tidur sahaja. tidur dan lupaka segala-galanya. aku lupa pada tanggungjawab aku sendiri. mulai dari saat ini aku ingin kembali pada asas hidup ini. aku berharap agar mereka yang ku sayang sentiasa di belakang aku. menegur aku. membetulkan salah aku sendiri. ini akan menjadikan aku manusia yang lebih baik dari semalam.

0 comments: