hidup saya bagaikan roda sekarang.kadang kala saya sangat sedih,kadang kala saya sangat gembira.saya tak tahu bagaimana mahu membetulkan keadaan.saya tak tahu macam mana nk puaskan hati semua orang. kawan penah cakap saya ni sentiasa gembira. saya boleh menggembirakan orang lain yang sedang sedih. adakah saya ni bagaikan badut. hanya bibir diukir dengan senyuman. tetapi hati saya diukir daripada sebilah pisau yang amat tajam. jiwa tertekan adakah pilihan hati saya. atau ini hakikatnya sebagai seorang manusia yang tinggal di muka bumi ini. menangis hanya saya sahaja yang tahu. dia buat saya ingin dengan dia. bila dengan dia saya lupakan kehidupan saya. bila dengan dia saya bagaikan di awangan. sungguh indah! tapi indah itu hanya sementara. perkara yang indah rase bagaikan baru 5 minit bersama nya. itulah hakikat nya hidup. mencari ketenangan itu bukan mudah. bila saya sujud kepada-Nya itulah saat-saat ketenangan yang saya nantikan. saya tidak tahu apa kesalahan saya. saya marah, geram bila orang menggunakan saya. bukankah kita hidup bermasyarakat sepatutnya kita saling bantu-membantu. saya sakit tapi saya tetap sabar. semua orang sakit tapi kita kena sabar dan lawan kesakitan kita itu. kerana kesakitan kita itu akan membawa padah pada orang lain suatu hari nanti. bukan mudah untuk saya memuaskan hati semua orang. saya sudah cukup bersalah selama ini. hanya saya mintak lepaskan saya. lupakan saya. kenangan itu takkan saya lupakan selama-lamanya. tapi kenagan hanya tinggal kenangan. kita perlu langkah kehadapan. secara jujur, saya penat memuaskan hati semua orang. saya takut selama kerja-kerja saya buat ini adalah kerana jiwa saya yang ingin menolong orang lain akan berubah kerana terpaksa bekerja tanpa ikhlas. jika bukan kerana niat dan jiwa saya yang mendalam dalam menolong orang lain dan memberi motivasi kepada orang lain sudah lama saya lepaskan semua. saya ingin dengan dia. dia kekuatan saya. saya takut dia pergi dari saya. dengan siapa ingin saya luahkan segala-galanya. hanya dia memahami isi hati saya. saya mahu dia.
0 comments:
Post a Comment