aku mencari arah diriku ini,
arah yang belum pasti,
arah yang ingin ku miliki,
sesaat aku temui,
ia pergi tanpa ku sedari,
tatkala ia pergi,jiwa ku kosong,
seperti hidup tanpa cinta,
ku mencari arah itu,
dimanakah arah itu pergi?
arah itu harapanku,
harapan itu sangat tinggi,
setinggi awan di langit,
aku terjaga dari lamunan mimpi yang indah,
dimana aku tidak mungkin memilikinya,
kerana arah itu tinggalkan bersendirian.
suram hati aku, sebak hati ku,
aku perlahan-lahan pulang ke pangkal jalan,
disitu aku berdiri,
berdiri teguh tanpa mu,
dengan doa dan harapan untukmu,
ku simpan sahaja niatku ini,
ku simpan di sudut hatiku,
aku doakan kebahagianmu,
biarkan aku terbang,
terbang ke arah yang tidak nyata,
disitu aku melihat dirimu,
semoga cinta itu tidak hilang,
kerana cintaku untuk mu sangat indah,
kau cinta hatiku,
bagaikan angin,aku tidak dapat menyentuh
tetapi aku dapat merasa kehadirannya,
semoga ku diketemukan denganmu lagi,
selamat tinggal arahku,harapanku dan cinta ku.
0 comments:
Post a Comment