Friday, May 29, 2009

.selamat.tinggal.

assalamualaikum.
perpisahan itu adalah lumrah hidup kita.
walaupun perit harus aku laluinya jua.
pemergian abg iqram & kak reeta ke tempat lain
akan memberi kesan kepada kami di UPG
mereka pembimbing,rakan,keluarga kami
mereka terima baik dan buruk kami
ini kerana kami insan yang lemah dan sentiasa lupa
maafkan anis jika ada terkasar bahasa kepada kalian
semoga abg iqram & kak reeta sukses selalu!
jangan lupa kami disini.

.kenangan.terindah.


kenangan terindah
kala ku lihat mereka
aku tersenyum sendiri
betapa indahnya
saat-saat itu
kalian ku panggil
kawan
teman
sayang
cinta
semoga kisah cinta kita
tidak akan putus
rindu nya saat itu
ku rindu kalian
ingin ku berlari kepada hari itu
senyum,ketawa,nangis
lumrah kisah kita
semoga ia kekal abadi
sayang kalian

Tuesday, May 26, 2009

.arah.


aku mencari arah diriku ini,
arah yang belum pasti,
arah yang ingin ku miliki,
sesaat aku temui,
ia pergi tanpa ku sedari,
tatkala ia pergi,jiwa ku kosong,
seperti hidup tanpa cinta,
ku mencari arah itu,
dimanakah arah itu pergi?
arah itu harapanku,
harapan itu sangat tinggi,
setinggi awan di langit,
aku terjaga dari lamunan mimpi yang indah,
dimana aku tidak mungkin memilikinya,
kerana arah itu tinggalkan bersendirian.
suram hati aku, sebak hati ku,
aku perlahan-lahan pulang ke pangkal jalan,
disitu aku berdiri,
berdiri teguh tanpa mu,
dengan doa dan harapan untukmu,
ku simpan sahaja niatku ini,
ku simpan di sudut hatiku,
aku doakan kebahagianmu,
biarkan aku terbang,
terbang ke arah yang tidak nyata,
disitu aku melihat dirimu,
semoga cinta itu tidak hilang,
kerana cintaku untuk mu sangat indah,
kau cinta hatiku,
bagaikan angin,aku tidak dapat menyentuh
tetapi aku dapat merasa kehadirannya,
semoga ku diketemukan denganmu lagi,
selamat tinggal arahku,harapanku dan cinta ku.

.ternyata.estrella.

Aku lihat dia pandangan pertama
Ternyata indah
Senyuman,
Liriknya

Ku ingin dia,
saat pertama
Berjumpa,
dengannya
Membuat ku gelisah

c/o
Waktu berlalu hari demi hari
Hati ku dambakannya
Untuk bercinta lagi


~ lagu ni aku tujukan khas pada dia. ~

Saturday, May 23, 2009

.pengakhiran semester 09/10.

sungguh sedih ingin kutakan berakhirnya semester 09/10.
terlalu cepat masa berlalu.
bermacam-macam jenis manusia ku kenal.
pelbagai kenangan akan ku simpan di dalam hatiku.
aku bagaikan ingin berlari ke hari2 ku yg indah.
aku ingin berlari mandakap dia.
berlari ke arah dia,yang ku sayang.
terlalu banyak dosa yang aku buat padamu,
tapi kau tetap disisiku.
tenang,sabar dan menanti ku,
sepanjang semester ni,
ku kenali dan mendalami ragam manusia yang pelik tetapi benar sepeti:
manusia yang ingin berjaya,
manusia yang lupa pada diri,
manusia yang ingin kebahagian,
manusia yang ingin mengejar cita-cita,
manusia yang ingin berubah,
manusia yang ingin melarikan diri dari masalah,
manusia yang ingin dicintai,
manusia yang ingin berubah ke jalan yang benar,
manusia yang ingin mengejar cinta yang tak pasti,
manusia yang sudah dilupakan,
manusia yang hipokrit,
memang binggung dibuat oleh aku,
aku tidak tidak pasti aku dikalangan manusia yg mana satu,
aku ingin berubah tapi itu hanya niat aku,
aku tidak ingin menjadi manusia yang sekadar cakap,
tetapi tiada hasil yang baik.
tapi niat di hati itu akan ku laksanakan jua,
kerana aku ingin cuba berubah,
seperti mendekati diri kepada-NYA
mendekati dan membuat baik dengan sesama manusia,
berbakti dan menolong pada yang memerlukan,
itu niat aku.itu yang ingin aku lakukan.
aku merindui hari indah aku bersama teman-teman ku,
mengenali manusia,mendalami jiwa manusia,
tapi jiwa aku kosong tanpa apa-apa
itulah aku.bagaikan tin kosong!
tapi aku percaya setiap manusia bole berubah,
tidak mungkin manusia yang sentiasa beramal akan sentiasa membuat baik,
dan tidak semestinya manusia yang sentiasa membuat kejahatan akan kekal begitu,
setiap manusia ada peluang untuk berubah,
itu yang aku amalkan setiap hari,
aku akan kekal dengan diri ku,
aku tidak peduli dengan manusia yang tidak bole menerima aku,
"ada aku kisah! kau pun tak betul!"
aku benci dengan manusia yang begini,
kau hanya insan kerdil,jangan halang aku!
aku mengharapkan sinar yang lebih indah dari hari semalam,
aku ingin menghabiskan masa-masa aku bersama mereka yang ku sayang,
keluarga ku, rakan-rakan ku, cinta hati aku dan mereka disekeliling aku.
sepanjang tahun ini aku bersyukur kerana berjumpa dengan mereka yang sentiasa disiku,
ketika aku sedih,ketika aku memerlukan,ketika aku jatuh, ketika aku ingin bangun,
ketika aku terbang ke langit. aku sayang pada mereka.
aku rindu teman-teman aku yang pergi jauh dari ku,
aku rindu mereka,aku ingin mereka disisiku.
aku ingin mereka bergembira dan menangis bersama aku
teman, aku ingin mengucapkan terima kasih
kerana sentiasa disisiku.
aku bersyukur kerana ku diketemukan dengan kalian.
kepada cinta hatiku, maafkan aku kerana tidak sempurna untuk mu
terima kasih kalian.
maafkan aku !

.dia.

suram hati aku mengenang dia,
dia harapan aku,
setiap hari aku berdoa pada-NYA,
supaya harapan aku tercapai,
apakan daya aku sebagai manusia biasa,
dicaci,dihina,dikutuk adalah lumrah bagi aku,
aku hanya ingin dia.
adakah permintaan aku sangat besar?
mungkinkah orang yang hina seperti aku
tidak secocok dengan manusia seperti nya.
bagaikan langit dan bumi
antara aku dan dia,
tiada kata yang indah yang harus pamerkan,
kerana dia pergi.
mungkinkah aku insan yang buruk dan dipandang hina oleh dia
apa salah aku ingin mengenali dia
apa salah aku ingin mencari seseorang yang boleh mebimbing aku
mambawa aku ke jalan yang benar
hati ikhlas ingin mengenali kamu
jujur aku katakan aku ingin mandalami kamu
bahagia bila aku bersama kamu
indah perkataan yang mampu ku umkapkan
apabila dia disisiku
tapi kerana maruah,darjat dan status
membawa diri aku pergi jauh dari mu
kerana itu juga aku tunduk ke tanah
selepas mendongak ke langit yang tinggi
dimana aku melihat harapan yang sangat tinggi disana
selepas aku sedari aku tidak mampu menggapai langit itu
kerana dia pergi dari aku

Thursday, May 21, 2009

.sempurna by yuna.


Aku Manusia Lemah Selalu Terjatuh
Berbeda Aku Dari Mu
Kau Berdiri Teguh
Aku Serba Tiada Aku Kekurangan
Dan Bila Kau Tiba Aku Hilang Dari Kewujudan

Sempurnanya Sifatmu Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu Tuk Menanggung Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...

Bukan Aku Tak Pernah Mengerti Dirimu
Kusanjung Setiap Kata Cinta Kau Berikan Aku
Hilangkan Rasa Itu Akhirkan Semua
Dan Bila Kau Sedar Aku Hilang Dari Kewujudan.. Oooo

Sempurnanya Sifatmu Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu Tuk Menanggung Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...

Friday, May 15, 2009

.final.exam.3rd.semester.08/09.


GOOD LUCK!
to all mmu student!
wish you all the very best!
:)
muax.
.xoxo.


Thursday, May 14, 2009

.majlis.bacaan.yassin.solat.hajat.

Syukur ke hadrat illahi berakhir sudah majlis kenduri semlm.hehe.
kenduri dijalankn di rumah ak di TAMAN TASEK UTAMA.

tentative program:

- solat maghrib
- bacaan yassin
- solat isyak
- solat hajat
- makan
- melepak! + karok! :)

mcm-mcm dugaan yg berlaku sebelum , ketika dan selepas program
dijalankn. ade yg mengamuk la, ade yg tertinggal la, lupa ambik sejadah la,
sambal kicap abis la n etc. ape pun2 pun ak sgt gembira majlis dijalan kn dengan jayanya.
aku,azmi,abil n ijat adalah chef pd majlis tersebut.
kalo ade yg tak sedap or kurang garam ke,kurang manis ke..maafkn kami..!

kerja-kerja dibahagikan:
azmi: masak sup n bihun.
anis: agar-agar n sambal kicap n basuh ayam! hehehe. (xde yg nk basuh ayam!huhu)
abil: macam-macam.die penolong kanan azmi.
ijat: tumbuk bawang n cili, wat air (sirap selasih) n mengangkut indo band.
aizat: tukang basuh pinggan.
dilla: potong buah (nasib baik btul!)

peserta:
. fahmi
. atandi
. reefky
. adam
. iskandar
. aswad
. shami
. saleha
. pysha
. nad
. dwi
. shahmi
. budin

majlis tutup pada pkul 12 mlm.hehehe.
majlis diadakan utk adik mong yg meninggal disebabkn kemalangan.
segala-segala berjalan dgn lancar.
dapur pun dh kilat.hehehe.
dh bersih! senang hati!
sekarang focus pada study!
gud luck everbody!
kami ingin memohon maaf jika kami terpaksa merahsiakn majlis ini.
coz kami nk wat kecil-kecilan jer.
nnt if kami nk wat besar-besaran nnt kami bgtaw k!
thabks sape2 yg dpt hadir!

~daa~

Friday, May 1, 2009

.MMU.AWARD.08/09.

.upg melaka.

.best community engagement.
model upg melaka!

.upg melaka n cyber.

.vogue k!.
congratz UPG DT 09!

.wanita!.
kami sgt chomel.hahaha.
fateen & anis & nysaa.

.pose maut dr aku n azmi!.

.congratz DT O9!.
Gila seronok mlm tue!

.best couples.chomel jer!

.bersama hafiz.
.ex-president upg.

.pose! permata dunia!

.selepas perut sudah penuh!.
pose la pulakkan!

.budin yg agak biol.!

.bersama ex n president upg cyber.
jgn jeles yer aizad! haha!

.bergambar bersama dato' AZMI.
.rezal,budin,azmi,anis,fateen.

.bersama datin JUZA!.

.azmi.my date of the day!.

.di rumah datuk sHahmi.


MMU AWARD!
.GRAND HALL MMU CYBER.

keseronokkan melampau apabila
DT 09 dinobatkn sebagai
BEST COMMUNITY ENGAGEMENT.
segala keperitan,penat lelah berbaloi akhirnya.
kami makan sgt banyak k!
tambah 2 kali k lauk!
macam-macam cabaran diharung
sebelum g mmu award.
dr gunung ke cyber.
tiket tertinggal la.
baju tertinggal la.
semua la tertinggal.hahaha.
kami semua sgt vogue mlm tue!
ape-ape pun tahniah kepada director DT
dan semua yg menjayakan DT 09,PERLIS.
semoga next DT akan mendapat award lagi.
dan lain-lain lagi.
-amin-

~daaa~