Friday, August 21, 2009

.tersedar!.

dunia semakin tua.adakah aku menyedari hakikat itu.
atau aku masih dilanda dengan kemewahan

dan lupa pada-Nya.itu benar.aku tidak pernah menyedari itu semua.
tapi bila ku pikir semula.
betapa lemahnya aku.aku nampaknya gah!
tapi sebenarnya aku sangat rapuh didalam.jiwa aku meronta.
mencari-cari jalan yang benar.
aku sesat.sesat dengan kemewahan yang diberi.

sesat dengan nafsu yang sangat mengkhayalkan.aku sesat.
sesat dengan jalan aku sendiri.

bila aku sedar?betapa besarnya dosa aku selama ini.
memang manusia mudah lupa.

tetapi aku anggap sebagai ujian.
manusia disekeliling aku menyedari aku dengan semua ini.

mencari jalan adalah tidak mudah.jalan ke rumah kita.
jalan yang diturap cantik untuk kita ke rumah itu.

tetapi kita tak pernah hendak ke rumah itu.
kita leka dengan pemandangan yang indah disekeliling rumah.

yang membuat kita leka dan lalai.
tapi aku kita menyedari rumah itu semakin jauh dengan aku.

di situ kita sesat dan baru kita sedari rumah itu mungkin kita takkan kita duduki.
bagi diri aku,
rumah aku itu sangat jauh.hingga tidak terlihat lagi bumbungnya.
begitu jauh nya aku dengan rumah
yang mungkin aku duduki itu.
memang kita manusia hanya sekadar cakap.
tapi aku percaya jika niat di

hati ini ikhlas segala-galanya akan menjadi kenyataan.
aku menyedari diri aku hanya sekadar cakap.
ada dikalangan manusia hanya bercakap dan sekadar bercakap tentang agama.
aku jujur katakan aku sangat lemah dalam bab agama.
tetapi aku cuba untuk mendalami.
aku tidak ingin menjadiseorang hipokrit.menjadi yang berlainan.
aku dengan diri aku.
hanya aku dan DIA sahaja yang tahu.
aku tidak perlu menjadi manusia dimana itu bukan aku.
aku tahu aku sentiasa dikutuk,dimarahi,dicaci tapi aku cuba untuk mengawal segala-galanya
kerana itu semua ujian darinya. aku sedar dunia ini aku hidup menumpang.
mungkin aku tidak sepandai orang-orang lain.
tetapi aku cuba untukmemberi yang terbaik kepada semua.
mungkin tidak seberapa nilainya.
tetapi ia sungguh berbaloi untuk aku meneruskan sisa-sisa hidupku ini.
mungkin manusia akan mengutuk atau ketawa kan dengan apa yang aku cuba sampaikan.
tapi itulah hakikat hidup.kerana aku pun begitu.

1 comments:

Anonymous said...

salam saudari...

alhamdulillah..:D saye mengenali saudari sudah lama...cuba ingat kembali byk mana dah saudari berubah...saye cukup mengikuti perubahan itu...dan saudari menjadi seorang yang lebeh baik dari 'semalam'...:D alhamdulillah..teruskan perjuangan penghijrahan saudari..doa saya bersama anda...

slamat berpuasa...perbanyakkan amalan..:D