berapa bulan tak menrajinkn diri untuk menceritakan bende2 baru tentang diri aku. hidup makin susah dan aku keliru dengan diri aku sendiri. mencari sesuatu yang menarik dalam hidup bukannya senang. bukan mudah untuk aku untuk memuaskan diri semua orang. mungkin ada yang terluka dan mungkin ada yang gembira dengan tindakan aku sendiri. tetapi aku tak pernah untuk memuaskan diri aku sendiri. mungkin terlalu takut untuk memikirkan tentang diri sendiri. melukakan hati orang adalah perkara yang paling benci aku lakukan dan sekali-sekala aku terpaksa lakukan demi kepuasan diri sendiri. mungkin orang akan gembira bila bersama dengan aku. aku membuat mereka gelak ketawa tetapi aku sendiri tidak pernah hendak ketawa. aku mula percaya pada "karma". perkara yang baik akan dibalas dengan perkara yang baik. aku tak pernah rasa diri aku ni baik. aku rasa aku adalah manusia yang jahil dan tak pernah melakukan perkara yang baik. adakah kerana aku ni terlalu mementingkan diri sendiri? aku pun tak pasti. aku tak pasti dengan jalan hidup aku sendiri. aku tersenyum tak bermakna hati aku tersenyum sekali. orang nampak aku seorang yang kuat tetapi hakikat hidupnya aku tak sekuat itu. aku nampak gah tapi sebenarnya aku takut pada bayang aku sendiri. aku suka melihat orang gelak. aku pernah dengar orang kata orang yang membuat lawak ni adalah orang yang bodoh. aku tak pasti dengan jawapan itu. tetapi aku gembira bila melihat orang gembira bersama aku. mereka berpura-pura atau tidak aku tak pasti. jiwa aku meronta mencari cinta yang sejati. cinta dari seorang kawan dan cinta dari seorang kekasih. orang kate keje dulu baru bercinta. tapi aku dari sekolah rendah sudah pandai bercinta. bagaimana aku hendak mengelakkan diri aku untuk bercinta. masa yang paling lama aku hidup bersendirian adalah 1 tahun. lama ke?aku tak pasti siapa yang aku mahu. aku tak pasti siapa dalam hati aku. aku tak pasti kenapa mereka yg cube dekat dengan aku akan sayang pada aku. aku tak pernah mengharapkn cinta mereka. aku hanya memerlukan seorang orang yang boleh membawa aku ke jalan yang benar. itu sahaja permintaan aku. aku pernah mengharapkan dia. tapi kami bagaikan langit dan bumi. aku bagaikan tanah yang lembap yang berbau busuk tapi dia bagaikan langit yang cerah dan sangat cantik. tapi itu namanya jodoh. aku akur dengan ketentuan tuhan. manusia yang buruk seperti aku tak mampu dan tak sesuai untuk manusia yang indah seperti dia. tapi aku yakin aku akan ke jalan itu. insya allah. :)
aku percaya pada takdir. aku cuba untuk memberi semangat kepada kawan-kawan atau sesiapa pun. aku harap aku mampu untuk memberi semangat itu pada diri aku sendiri. menjadi facilitator mungkin dapat memberi jalan yang baik pada diri aku sendiri. mungkin tidak sempurna tetapi mungkin ia sangat bermakna pada diriku.
dengan itu aku pasti! :)